TAKE 5…PLS!

January 15th, 2008 by nanaker

TUGAS SEKRETARI

Seorang boss sangat frust dan marahpada sekretari barunya. Sekretarinya itu mengabaikan bunyi telepon. "Kamu harus menjawab telepon itu," kata si boss dengan marahnya. "Baiklah," jawab si sekretari, "tapi itu pekerjaan yang sia-sia, 9 dari 10 telepon yang masuk bukan untuk saya, tetapi untuk boss."

PROFESSOR SIBUK


Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya… Sia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum malah sudah dua hari tidak pulang ke rumah… lalu isterinya menelifon..

"abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan". pesan isterinya

"Ya, baik.. abang janji.. agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?" tanya professor itu.
"Di rumah saja lah bang..".
"Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu…".

HUH…BOLEH PAKAI KA???

January 2nd, 2008 by nanaker
  • Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!

  • Menurut satu kajian; kebanyakan wanita akanberkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!

  • Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!

  • Wanita memang pemurah…sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!

  • Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu…tarik muncung empat, lima depa time merajuk!

  • Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, mera h sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!

  • Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!

  • Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!

  • Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per…per…!

  • Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!

  • Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!

  • Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!

  • Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!

  • Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.

  • Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!

  • Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!

  • Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!

  • Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!

  • Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.

  • Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai…

  • Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!

  • Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan

10 REASONS WHY BATMAN DID NOT WORK IN KUALA LUMPUR!

November 7th, 2006 by nanaker

1.Everybody can guess that the secret Bat-cave is somewhere near Batu Caves.

2.Damn Batmobile needs 2 parallel parking lots.

3.Competition from ‘Keluang Man’.

4.Every tried wearing that black metal suit at 2.00pm under Malaysian weather?

5.All the ladies keep mistaking you for that Darth Vader flasher pervert.

6.DBKL (City Hall) keeps sending the Bat-signal when they need to catch VCD peddlers, Vietnamese call-girls, illegal mamak stalls, Ecstacy raids, etc.

7.Robin keeps using the Bat-computer to for BitTorrent.

8.Malaysian bats are so difficult to train. Plus they like to sh!t all over the place.

9.Moronic Ah Beng racer-boys in their modded Honda City’s trying to ‘tiong’ you to drag race with your Batmobile.

10.Two words – Traffic Jam.

AWAS…ANDA MUNGKIN GILA KERANA CINTA!

November 7th, 2006 by nanaker

Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.

Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan diri, jangan sampai dia bosan. Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya.

Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza. Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah, gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda tidak bersambut. Dia mungkin dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu. Usah terlalu kerap menghantar surat berjela-jela panjangnya. Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan hal anda selalu.

Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca pergerakannya. Kalau awal pagi biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan tertekan.

Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya? Dia mungkin di tengah medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia tidak menyahut fahami dirinya. Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin diganggu.

Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja kadang-kadang memaksa kita kematukan diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya proses perkenalan untuk mengenal dan membina keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung, anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga bukanlah calon yang sesuai untuk anda.

Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda. Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah diulang bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak upaya untuk melayani anda.

Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci, menyampah dan sakit hati.

Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia sentiasa belajar memahami orang lain, sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah dengan perasaan orang.

Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta. Berikan dia masa. Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.

Hidup akan lebih indah kalau orang memahami. Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat kita tidak patut gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman.

DEWA 19- LARUT

October 8th, 2006 by nanaker

Mungkin aku pernah juga merasakan cinta..
Tapi tak pernah .. seindah ini
Mungkin aku juga pernah merasakan rindu
Tapi tak pernah .. sedalam ini

Mungkin kamu takkan pernah percaya ..
Bahwa sesungguhnya .. aku telah terjatuh….

Reff:
KUAKUI AKU TELAH LARUT
LARUT KE DALAM .. KAMU .. YANG KU CINTAI….

TRAGEDI BUAH EPAL…

September 25th, 2006 by nanaker

Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. susah dipetik dan susah digapai. Terkadang epal itu risau. Kenapala diriku belum dipetik?? lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan dirinya ke tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabat dan darjatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar hebat sahaja yang berani menggapai! mungkin bukan di dunia tapi di akhirat…biarla jodoh bukan di dunia asalkan cinta ILLAHI mengiringi..

BUKAN DIRIKU…SAMSON

September 18th, 2006 by nanaker

setelah kupahami
ku bukan yang terbaik

yang ada di hatimu

tak dapat kusangsikan
ternyata dirinyalah
yang mengerti kamu
bukanlah diriku

kini maafkanlah aku
bila ku menjadi bisu
kepada dirimu

bukan santunku terbungkam
hanya hatiku berbatas
tuk mengerti kamu

maafkanlah aku

reff:
walau kumasih mencintaimu
kuharus meninggalkanmu
kuharus melupakanmu
meski hatiku menyayangimu
nurani membutuhkanmu
kuharus merelakanmu

dan hanyalah dirimu
yang mampu memahamiku
yang dapat mengerti aku

ternyata dirinyalah
yang sanggup menyanjungmu
yang lama menyentuhmu
bukanlah diriku

KISAH ‘K’

September 14th, 2006 by nanaker

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam… kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut… kakakku kata, kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa, Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!! Kodok..Kodok..kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?" Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?" Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat."kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. P/S: besh x cite K ni? hee.. >.<

kiSAh menYAyaT atI….

November 19th, 2005 by nanaker

Suatu petang di sebuah ’supermarket’… . Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik.. dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasanlagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer,sebab dia ingat dia yang perasan.

Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi dipertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiridi depannya. "maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulahdia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu. "Aaaa… . mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu."… bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap ‘babai… mak!!’? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh… takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arahlelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai,mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya."Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.

"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh. "Haah??? apa dia??” aduhss!

ADA SUATU KISAH DI BANDARAYA KL…..

November 19th, 2005 by nanaker

Di sebuah taman perumahan ,disitu terdapat sebuah rumah yang menempatkan pelajar dari universiti UITM… Ada sebuah rumah dari blok yang keberapa x berapa ingat lah…terdapat sekumpulan pelajar lelaki duduk di situ..di dalam rumah itu terdapat beberapa orang dari bebarapa negeri iaitu dari perak, kedah kelantan dan johor.. Kisah ini bermula dari rumah itu… Pada suatu pagi,dalam keadaan hening mereka bersiap-siap untuk ke kelas pada pagi itu… Tiba-tiba…masaooklah..masaooklah..masaooklah.. SI A:masaooklah..masaooklah..masaooklah.. SI B:pe yang masaalah nye kamu ni… SI C:ye ape masaalahnye… SI A:…masaooklah..masaooklah..masaooklah.. SI B:ye le aku tau le ko ade masaalah, tapi pe masaalah nye?? SI C:hah pe masaalah nye kamu ni… SI A:…masaooklah lah..masaooklah.. SI B DAN SI C mendengar kata2 itu dan dia terfikir akan kata2 SI A. rupa 2 nya dia bukan nya cakap pasal masaalah dia..tapi dia cakap my sock lost..my sock lost..dalam bahasa kelantan rupa2nya dia ni hilang stokin.. ish..ish..ish..buat suspen jer…ampeh tui!